Sunday, December 4, 2011

Refleksi

1.0  REFLEKSI  PEMBELAJARAN  MIKRO PENGAJARAN


                        Saya mengajar  matapelajaran  Sains  bagi tahun 5. Saya amat kecewa pada mulanya,kerana saya tidak dapat mengawal murid-murid. Murid-murid bising akibat pertukaran waktu mengajar. Mengikut Wong ( 1998 ) murid mengambil  masa  2 hingga 3 minit ini untuk bercakap , bergerak dari tempat duduk serta bertingkah laku yang mengganggu. Selepas mengingat balik kata-kata beliau, saya teruskan pengajaran saya dengan menunjukkan satu carta  tentang  kitar fasa-fasa Bulan  yang lengkap. Saya juga menerangkan bahawa Bulan tidak memancarkan cahaya sendiri ,ia hanya memantulkan cahaya matahari. Selepas  itu , saya memberi murid-murid satu bola sebagai Bumi, bola ping-pong sebagai Bulan dan lampu suluh sebagai Matahari. Saya meminta murid-murid membuat simulasi tentang fasa-fasa bulan terbentuk. Murid –murid dibahagikan kepada kumpulan untuk membuat simulasi itu. Saya bagi 3 minit untuk murid-murid berbincang dalam kumpulan  dan 2 minit untuk membuat persembahan di hadapan kelas.
            Murid-murid begitu teruja apabila mereka cuba dengan sendirinya. Selepas pembentangan dari murid-murid , saya membuat kesimpulan dan menunjukkan simulasi tentang bagaimana fasa-fasa bulan terbentuk. Tetapi murid-murid masih keliru dengan bentuk fasa-fasa bulan. Disinilah kelemahan saya, sekiranya saya menyediakan lembaran untuk merekod bentuk fasa-fasa ketika murid-murid membuat simulasi , ia boleh membantu mereka untuk memahaminya dengan baik. Dalam pengajaran akan datang saya akan menyediakan lembaran ketika membuat sesuatu eksperimen agar murid-murid lebih peka dan memberi perhatian yang sepenuhnya.

0 comments: