Sunday, December 4, 2011

1.0  Refleksi Pembelajaran Makropengajaran
Pengajaran  ini  dilaksanakan di kelas tahun 5 vetri, Sekolah Rendah Seri Pelangi, pada hari Jumaat. Tajuk yang diajar adalah bentuk objek.Waktu yang digunakan 60 minit iaitu waktu ketiga dan keempat. Kemahiran yang digunakan adalah seperti yang berikut:

1.1       Mensintesiskan idea tentang kekuatan dan kestabilan sesuatu binaan.
Aras  1
Membezakan bentuk yang terdapat dalam struktur sesuatu binaan.
Aras 3
Merekacipta model satu struktur yang kuat dan stabil.

Objektif  pelajaran  ini ialah agar murid dapat mengenali bentuk objek  dan menyenaraikan bentuk- bentuk  yang terdapat dalam sesuatu objek dan merekacipta model yang stabil dan kuat.

Proses pengajaran
Dalam induksi set  , guru mencungkil pengetahuan sedia ada murid. Guru membahagikan murid kepada tiga kumpulan dan memberikan satu sampul surat bagi setiap kumpulan. Murid-murid  menyelesaikan “  jingsaw puzzles ” yang ada dalam sampul surat itu. Selepas murid menyelesaikannya, murid cuba mengenalpasti bentuk- bentuk yang  dapat dibentuk daripada “ jingsaw puzzles”. Akhirnya , guru mengaitkan isi pelajaran dengan tajuk. Dalam langkah pertama , pengajaran difokuskan kepada  pengenalan bentuk-bentuk yang asas.  Guru menerangkan dan menanyakan bentuk –bentuk yang dapat murid mengenali sambil menunjukkan  objek 3D. Apabila murid dapat menjawab bentuknya, guru meminta mengeja  perkataan tersebut dan meminta murid menampalkan perkataan pada objek tersebut.
Dalam langkah kedua , guru meminta murid menyenaraikan objek-objek mengikut bentuk yang diberikan. Selepas ,  murid berbincang dalam kumpulan , murid
membentang hasil dapatan daripada perbincangan di hadapan kelas.Guru menunjukkan beberapa contoh barang yang mempunyai bentuk  yang berbeza.
Dalam langkah ketiga, diadakan aktiviti untuk mencapai objektif. Murid menjawab soalan dalam lembaran kerja  yang berkaitan dengan bentuk –bentuk . Kemudian guru bersoal jawab dengan murid tentang jawapan  mereka. Pelajaran diakhiri dengan menunjukkan beberapa struktur yang mempunyai pelbagai bentuk dan murid berbincang mengenainya dengan guru. Dalam langkah keempat,  guru meminta murid-murid merekaciptakan satu struktur yang kuat dan stabil. Guru menilai hasil ciptaan murid-murid. Untuk pengajaran kali ini , saya tidak  menghadapi sebarang masalah terutama sekali tentang kawalan kelas kerana murid-murid kelas 5 Vetri dapat bekerjasama dengan baik sepanjang pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Objektif pengajaran untuk memperkenalkan pengenalan bentuk-bentuk objek. Tercapai dengan jayanya kerana murid-murid dapat memahami nya. Walaupun aktiviti pengajaran  dan pembelajaran saya pada hari ini boleh dikatakan berjaya tetapi saya tetap akan membaiki  serta mempertingkatkan lagi keberkesannya dalam pengajaran saya akan datang. Kelemahan  dan  kekurangan yang dikenalpasti dalam pelaksanaan tugasan makro pengajaran ialah  tiada  rancangan yang baik. Saya sepatutnya meminta murid-murid menyediakan kotak-kotak , kertas warna dan suratkhabar lama utnuk aktiviti kumpulan. Oleh kerana murid-murid tiada barang- barang tersebut untuk menjalankan aktiviti tersebut. Maka saya minta murid untuk membuat selepas balik rumah. Apa yang dapat saya pelajari dari kesilapan ini ialah , P&P yang berjaya adalah terletak pada seseorang guru yang bijak rancangannya. Sekiranya kita sedia dengan rancangan pengajaran , saya pasti objektif kita boleh dicapai dengan baik. Saya akan berusaha untuk membuat rancangan yang baik untuk P&P yang akan datang.

0 comments: