YEAR 5

Rancangan Pengajaran Harian

Mata pelajaran                     :           Sains
Tarikh                                     :         5.10.2011
Masa                                      :           8.30 hingga 9.30 pagi
Kelas                                      :           5 Vetri
Bilangan Murid                    :           17/18
Bidang                                   :           Menyiasat  Dunia Teknologi
Tajuk                                      :           Bentuk- bentuk asas
Objektif Umum                     :           i ) Menamakan bentuk-bentuk asas
ii)  Membezakan bentuk yang terdapat dalam struktur
     sesuatu binaan.
Objektif Khusus                   :           i )  Guru dapat mengajar murid menamakan  bentuk - bentuk asas
                                              ii )  membezakan bentuk-bentuk yang terdapat dalam struktur binaan.        
Alat Bantu Mengajar           :           Objek maujud ( bentuk – bentuk asas) , gam , kadboard   
Pengetahuan sedia ada     :           Murid-murid telah pun didedahkan dengan aspek  
Nilai                                        :           berusaha, yakin
Rujukan  guru                      :           Sopia Binti Md.Yassin , Science  Tahun 5 ,Dewan  Bahasa Pustaka
Rujukan Murid                     :           Buku Teks Science Tahun5






Langkah Pengajaran
Set Induksi
i)         Guru    memulakan aktiviti dengan   induksi  jingsaw puzzle yang mempunyai pelbagai  bentuk asas.
ii)            Guru mengedarkan sampul surat yang mengandungi puzzles.
iii)           Guru mengendalikan sesi soal jawab
iv)           Apakah gambar yang terbentuk daripada puzzles yang kamu selesaikan itu?  
v)            Apakah pandangan anda tentang gambar tersebut.
Langkah 1
i)      Guru memberikan satu kadboard yang mempunyai nama bentuk asas kepada beberapa  murid yang terpilih.
ii)     Murid membaca perkataan tersebut dan menampalkan pada objek bentuk asas yang  betul
      iii )  Semua murid membaca perkataan –perkataan yang ditampal oleh rakan-rakannya.
iv)           Guru memperkenalkan bentuk – bentuk asas kepada murid-murid.
Langkah 2
i)             Guru membahagikan murid-murid kepada kumpulan
ii)              Guru meminta murid-murid menyenaraikan beberapa contoh objek yang mempunyai  bentuk- bentuk asas.
iii)           Murid – murid  membentangkan hasil dapatan di depan kelas.
Langkah 3
i)              Murid – murid menjawab soalan –soalan  dalam lembaran kerja yang diberikan oleh guru. Murid- murid berbincang jawapan dengan guru.
    ii )       Guru menunjukkan satu videoclip dan murid-murid bernyanyi bersama.
Pengukuhan
i)             Murid – murid membuat  model yang mempunyai pelbagai bentuk asas yang  berbeza.
Penilaian
i)             Guru menujukkan model yang kreatif dan inovatif dalam pengajaran yang akan  datang.

0 comments: