hai kawan-kawanku .....
apa khabar...
Tuesday, March 6, 2012
Saturday, December 24, 2011
Wednesday, December 7, 2011
Theme : Investigating living Things
Learning Area : Microorganism
Learning Objectives : 1.1 Understanding that microorganism is a living things.
Learning Outcomes : By the ends of lesson , pupils:
i) State types of microorganism
Sps : communicating , Classifying
Teaching Aid : pictures
Activities : 1. Teacher give a jigsaw puzzle games which
contents pictures of microorganism.
2. Pupils discuss with teacher about the pictures.
3. Teacher introduce the microorganism to pupils by saying its name.
4. Teacher also explain that microorganism
cannot seen by naked eyes because its very tiny.
5. Teacher show the pictures of various types
of microorganism.
virus |
fungi |
bacteria |
protozoa |
Sunday, December 4, 2011
1.0 Refleksi Pembelajaran Makropengajaran
Pengajaran ini dilaksanakan di kelas tahun 5 vetri, Sekolah Rendah Seri Pelangi, pada hari Jumaat. Tajuk yang diajar adalah bentuk objek.Waktu yang digunakan 60 minit iaitu waktu ketiga dan keempat. Kemahiran yang digunakan adalah seperti yang berikut:
1.1 Mensintesiskan idea tentang kekuatan dan kestabilan sesuatu binaan.
Aras 1
Membezakan bentuk yang terdapat dalam struktur sesuatu binaan.
Aras 3
Merekacipta model satu struktur yang kuat dan stabil.
Objektif pelajaran ini ialah agar murid dapat mengenali bentuk objek dan menyenaraikan bentuk- bentuk yang terdapat dalam sesuatu objek dan merekacipta model yang stabil dan kuat.
Proses pengajaran
Dalam induksi set , guru mencungkil pengetahuan sedia ada murid. Guru membahagikan murid kepada tiga kumpulan dan memberikan satu sampul surat bagi setiap kumpulan. Murid-murid menyelesaikan “ jingsaw puzzles ” yang ada dalam sampul surat itu. Selepas murid menyelesaikannya, murid cuba mengenalpasti bentuk- bentuk yang dapat dibentuk daripada “ jingsaw puzzles”. Akhirnya , guru mengaitkan isi pelajaran dengan tajuk. Dalam langkah pertama , pengajaran difokuskan kepada pengenalan bentuk-bentuk yang asas. Guru menerangkan dan menanyakan bentuk –bentuk yang dapat murid mengenali sambil menunjukkan objek 3D. Apabila murid dapat menjawab bentuknya, guru meminta mengeja perkataan tersebut dan meminta murid menampalkan perkataan pada objek tersebut.
Dalam langkah kedua , guru meminta murid menyenaraikan objek-objek mengikut bentuk yang diberikan. Selepas , murid berbincang dalam kumpulan , murid
membentang hasil dapatan daripada perbincangan di hadapan kelas.Guru menunjukkan beberapa contoh barang yang mempunyai bentuk yang berbeza.
Dalam langkah ketiga, diadakan aktiviti untuk mencapai objektif. Murid menjawab soalan dalam lembaran kerja yang berkaitan dengan bentuk –bentuk . Kemudian guru bersoal jawab dengan murid tentang jawapan mereka. Pelajaran diakhiri dengan menunjukkan beberapa struktur yang mempunyai pelbagai bentuk dan murid berbincang mengenainya dengan guru. Dalam langkah keempat, guru meminta murid-murid merekaciptakan satu struktur yang kuat dan stabil. Guru menilai hasil ciptaan murid-murid. Untuk pengajaran kali ini , saya tidak menghadapi sebarang masalah terutama sekali tentang kawalan kelas kerana murid-murid kelas 5 Vetri dapat bekerjasama dengan baik sepanjang pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Objektif pengajaran untuk memperkenalkan pengenalan bentuk-bentuk objek. Tercapai dengan jayanya kerana murid-murid dapat memahami nya. Walaupun aktiviti pengajaran dan pembelajaran saya pada hari ini boleh dikatakan berjaya tetapi saya tetap akan membaiki serta mempertingkatkan lagi keberkesannya dalam pengajaran saya akan datang. Kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti dalam pelaksanaan tugasan makro pengajaran ialah tiada rancangan yang baik. Saya sepatutnya meminta murid-murid menyediakan kotak-kotak , kertas warna dan suratkhabar lama utnuk aktiviti kumpulan. Oleh kerana murid-murid tiada barang- barang tersebut untuk menjalankan aktiviti tersebut. Maka saya minta murid untuk membuat selepas balik rumah. Apa yang dapat saya pelajari dari kesilapan ini ialah , P&P yang berjaya adalah terletak pada seseorang guru yang bijak rancangannya. Sekiranya kita sedia dengan rancangan pengajaran , saya pasti objektif kita boleh dicapai dengan baik. Saya akan berusaha untuk membuat rancangan yang baik untuk P&P yang akan datang.
Refleksi
1.0 REFLEKSI PEMBELAJARAN MIKRO PENGAJARAN
Saya mengajar matapelajaran Sains bagi tahun 5. Saya amat kecewa pada mulanya,kerana saya tidak dapat mengawal murid-murid. Murid-murid bising akibat pertukaran waktu mengajar. Mengikut Wong ( 1998 ) murid mengambil masa 2 hingga 3 minit ini untuk bercakap , bergerak dari tempat duduk serta bertingkah laku yang mengganggu. Selepas mengingat balik kata-kata beliau, saya teruskan pengajaran saya dengan menunjukkan satu carta tentang kitar fasa-fasa Bulan yang lengkap. Saya juga menerangkan bahawa Bulan tidak memancarkan cahaya sendiri ,ia hanya memantulkan cahaya matahari. Selepas itu , saya memberi murid-murid satu bola sebagai Bumi, bola ping-pong sebagai Bulan dan lampu suluh sebagai Matahari. Saya meminta murid-murid membuat simulasi tentang fasa-fasa bulan terbentuk. Murid –murid dibahagikan kepada kumpulan untuk membuat simulasi itu. Saya bagi 3 minit untuk murid-murid berbincang dalam kumpulan dan 2 minit untuk membuat persembahan di hadapan kelas.
Murid-murid begitu teruja apabila mereka cuba dengan sendirinya. Selepas pembentangan dari murid-murid , saya membuat kesimpulan dan menunjukkan simulasi tentang bagaimana fasa-fasa bulan terbentuk. Tetapi murid-murid masih keliru dengan bentuk fasa-fasa bulan. Disinilah kelemahan saya, sekiranya saya menyediakan lembaran untuk merekod bentuk fasa-fasa ketika murid-murid membuat simulasi , ia boleh membantu mereka untuk memahaminya dengan baik. Dalam pengajaran akan datang saya akan menyediakan lembaran ketika membuat sesuatu eksperimen agar murid-murid lebih peka dan memberi perhatian yang sepenuhnya.
Wednesday, November 30, 2011
Saturday, November 26, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)