Tuesday, November 22, 2011

Mei...
Saya telahpun menghabiskan topik-topik tahun 6...
satu kejutan besar menunggu saya .. sekali  lagi keputusan setengah tahun menyedihkan saya..
Dimanakah kesalahan saya???
Selepas kaji semula kertas peperiksaan bersama Guru Besar saya... akhirnya saya mendapati anak murid saya kurang mahir untuk menjawab soalan bahagian B  dimana pembolehubah yang tersembunyi dalam soalan ..
Dalam soalan dimana ada jadual, dan graf murid saya dapat menjawab dengan baik... manakala dalam soalan yang tiada jadual ataupun graf.. mereka mengalami kesulitan untuk mencari pembolehubah yang betul....
Sekali lagi , saya mencari soalan -soalan yang berbentuk sedemikian untuk latihan anak murid saya...
Disamping itu, saya mula mengulangkaji topik-topik tahun 5 kerana sukatan Tahun 5 mempunyai banyak experiment...dan skopnya adalah popular dalam soalan-soalan tahun lepas..

0 comments: