Tuesday, March 6, 2012

jom mula ... semester 3....

hai kawan-kawanku .....
apa khabar...

Saturday, December 24, 2011

MERRY  X'MAS


                                                              N
                                                 HAPPY  NEW YEAR

Wednesday, December 7, 2011

Theme                          :         Investigating  living  Things
Learning Area              :         Microorganism
Learning Objectives    :         1.1 Understanding that microorganism is a  living things.
Learning Outcomes    :         By  the  ends  of  lesson , pupils:
                                             i)  State types of  microorganism
Sps                                :         communicating , Classifying 
Teaching Aid                :         pictures
Activities                       :   1.  Teacher give a jigsaw puzzle games which
                                                contents pictures of microorganism.
                                           2. Pupils discuss with teacher about the pictures.
                                           3. Teacher introduce the microorganism to pupils  by saying its name.
                                          4. Teacher also explain that microorganism
                                                cannot seen by naked eyes because its very   tiny.
                                          5. Teacher show  the  pictures  of various types    
                                             of  microorganism.



virus

fungi


bacteria

protozoa

Sunday, December 4, 2011

1.0  Refleksi Pembelajaran Makropengajaran
Pengajaran  ini  dilaksanakan di kelas tahun 5 vetri, Sekolah Rendah Seri Pelangi, pada hari Jumaat. Tajuk yang diajar adalah bentuk objek.Waktu yang digunakan 60 minit iaitu waktu ketiga dan keempat. Kemahiran yang digunakan adalah seperti yang berikut:

1.1       Mensintesiskan idea tentang kekuatan dan kestabilan sesuatu binaan.
Aras  1
Membezakan bentuk yang terdapat dalam struktur sesuatu binaan.
Aras 3
Merekacipta model satu struktur yang kuat dan stabil.

Objektif  pelajaran  ini ialah agar murid dapat mengenali bentuk objek  dan menyenaraikan bentuk- bentuk  yang terdapat dalam sesuatu objek dan merekacipta model yang stabil dan kuat.

Proses pengajaran
Dalam induksi set  , guru mencungkil pengetahuan sedia ada murid. Guru membahagikan murid kepada tiga kumpulan dan memberikan satu sampul surat bagi setiap kumpulan. Murid-murid  menyelesaikan “  jingsaw puzzles ” yang ada dalam sampul surat itu. Selepas murid menyelesaikannya, murid cuba mengenalpasti bentuk- bentuk yang  dapat dibentuk daripada “ jingsaw puzzles”. Akhirnya , guru mengaitkan isi pelajaran dengan tajuk. Dalam langkah pertama , pengajaran difokuskan kepada  pengenalan bentuk-bentuk yang asas.  Guru menerangkan dan menanyakan bentuk –bentuk yang dapat murid mengenali sambil menunjukkan  objek 3D. Apabila murid dapat menjawab bentuknya, guru meminta mengeja  perkataan tersebut dan meminta murid menampalkan perkataan pada objek tersebut.
Dalam langkah kedua , guru meminta murid menyenaraikan objek-objek mengikut bentuk yang diberikan. Selepas ,  murid berbincang dalam kumpulan , murid
membentang hasil dapatan daripada perbincangan di hadapan kelas.Guru menunjukkan beberapa contoh barang yang mempunyai bentuk  yang berbeza.
Dalam langkah ketiga, diadakan aktiviti untuk mencapai objektif. Murid menjawab soalan dalam lembaran kerja  yang berkaitan dengan bentuk –bentuk . Kemudian guru bersoal jawab dengan murid tentang jawapan  mereka. Pelajaran diakhiri dengan menunjukkan beberapa struktur yang mempunyai pelbagai bentuk dan murid berbincang mengenainya dengan guru. Dalam langkah keempat,  guru meminta murid-murid merekaciptakan satu struktur yang kuat dan stabil. Guru menilai hasil ciptaan murid-murid. Untuk pengajaran kali ini , saya tidak  menghadapi sebarang masalah terutama sekali tentang kawalan kelas kerana murid-murid kelas 5 Vetri dapat bekerjasama dengan baik sepanjang pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Objektif pengajaran untuk memperkenalkan pengenalan bentuk-bentuk objek. Tercapai dengan jayanya kerana murid-murid dapat memahami nya. Walaupun aktiviti pengajaran  dan pembelajaran saya pada hari ini boleh dikatakan berjaya tetapi saya tetap akan membaiki  serta mempertingkatkan lagi keberkesannya dalam pengajaran saya akan datang. Kelemahan  dan  kekurangan yang dikenalpasti dalam pelaksanaan tugasan makro pengajaran ialah  tiada  rancangan yang baik. Saya sepatutnya meminta murid-murid menyediakan kotak-kotak , kertas warna dan suratkhabar lama utnuk aktiviti kumpulan. Oleh kerana murid-murid tiada barang- barang tersebut untuk menjalankan aktiviti tersebut. Maka saya minta murid untuk membuat selepas balik rumah. Apa yang dapat saya pelajari dari kesilapan ini ialah , P&P yang berjaya adalah terletak pada seseorang guru yang bijak rancangannya. Sekiranya kita sedia dengan rancangan pengajaran , saya pasti objektif kita boleh dicapai dengan baik. Saya akan berusaha untuk membuat rancangan yang baik untuk P&P yang akan datang.

Refleksi

1.0  REFLEKSI  PEMBELAJARAN  MIKRO PENGAJARAN


                        Saya mengajar  matapelajaran  Sains  bagi tahun 5. Saya amat kecewa pada mulanya,kerana saya tidak dapat mengawal murid-murid. Murid-murid bising akibat pertukaran waktu mengajar. Mengikut Wong ( 1998 ) murid mengambil  masa  2 hingga 3 minit ini untuk bercakap , bergerak dari tempat duduk serta bertingkah laku yang mengganggu. Selepas mengingat balik kata-kata beliau, saya teruskan pengajaran saya dengan menunjukkan satu carta  tentang  kitar fasa-fasa Bulan  yang lengkap. Saya juga menerangkan bahawa Bulan tidak memancarkan cahaya sendiri ,ia hanya memantulkan cahaya matahari. Selepas  itu , saya memberi murid-murid satu bola sebagai Bumi, bola ping-pong sebagai Bulan dan lampu suluh sebagai Matahari. Saya meminta murid-murid membuat simulasi tentang fasa-fasa bulan terbentuk. Murid –murid dibahagikan kepada kumpulan untuk membuat simulasi itu. Saya bagi 3 minit untuk murid-murid berbincang dalam kumpulan  dan 2 minit untuk membuat persembahan di hadapan kelas.
            Murid-murid begitu teruja apabila mereka cuba dengan sendirinya. Selepas pembentangan dari murid-murid , saya membuat kesimpulan dan menunjukkan simulasi tentang bagaimana fasa-fasa bulan terbentuk. Tetapi murid-murid masih keliru dengan bentuk fasa-fasa bulan. Disinilah kelemahan saya, sekiranya saya menyediakan lembaran untuk merekod bentuk fasa-fasa ketika murid-murid membuat simulasi , ia boleh membantu mereka untuk memahaminya dengan baik. Dalam pengajaran akan datang saya akan menyediakan lembaran ketika membuat sesuatu eksperimen agar murid-murid lebih peka dan memberi perhatian yang sepenuhnya.

Wednesday, November 30, 2011

Saturday, November 26, 2011

Thursday, November 24, 2011

November

Keputusan UPSR... 17 nov 2011

saya berasa amat takut...setelah keputusan sampai ke sekolah...
Tahniah !
Sains dapat 100% itulah kata-kata GPK kepada saya...
Saya berasa amat terima kasih kepada Tuhan..
Saya berasa sangat gembira...

Wednesday, November 23, 2011

Oktober

Rasa lega .. setelah habis UPSR...Namun demikian .kini perhatian mula terhadap tahun 5 yang akan menduduki peperiksaan tahun depan.
September

"Last Minute Revision" itulah kata-kata yang didengar-dengarkan oleh semua guru UPSR.Saya juga tidak ketinggalan untuk  membuat ulangkaji agar tiada tajuk yang tertinggal sebelum peperiksaan menjelang...
Ogos

Tinggal sebulan lagi..
Harap saya dapat menghabiskan ulangkaji saya.
July

Sebelum akhir bulan saya seharusnya menghabiskan penilaian peka sains bagi tahun 6 dan dihantar kepada s/u. Disampin itu,UPSR semakin mendekat...
June
saya mendapati murid -murid saya tidak ingat pada topik-topik tahun5. Saya mengumpulkan topik-topik 4,5,6 dan membuat nota ringkas agar murid-murid dapat membuat revision . Saya mengumpulkan soalan objektif tahun lepas mengikut topik untuk latihan murid.

Tuesday, November 22, 2011

Mei...
Saya telahpun menghabiskan topik-topik tahun 6...
satu kejutan besar menunggu saya .. sekali  lagi keputusan setengah tahun menyedihkan saya..
Dimanakah kesalahan saya???
Selepas kaji semula kertas peperiksaan bersama Guru Besar saya... akhirnya saya mendapati anak murid saya kurang mahir untuk menjawab soalan bahagian B  dimana pembolehubah yang tersembunyi dalam soalan ..
Dalam soalan dimana ada jadual, dan graf murid saya dapat menjawab dengan baik... manakala dalam soalan yang tiada jadual ataupun graf.. mereka mengalami kesulitan untuk mencari pembolehubah yang betul....
Sekali lagi , saya mencari soalan -soalan yang berbentuk sedemikian untuk latihan anak murid saya...
Disamping itu, saya mula mengulangkaji topik-topik tahun 5 kerana sukatan Tahun 5 mempunyai banyak experiment...dan skopnya adalah popular dalam soalan-soalan tahun lepas..

April

saya mengambil keputusan untuk menyediakan satu modul yang hanya mengandungi soalan bahagian B .
Pada mulanya .. saya menerangkan cara-cara menjawab Bahagian B ... dengan baik...disini saya menekankan kepentingan murid-murid mencari pembolehubah-pembolehubah dengan betul....
sekiranya .. murid -murid dapat mencari pembolehubah-pembolehubah dengan sudah pasti mereka boleh memperolehi 10/20 dalam bahagian B ini....Oleh itu... murid galus .. saya hanya meminta mereka mencari pembolehubah dengan betul pada mulanya.... dengan usaha yang gigih ... mereka dapat mencarinya... dengan betul..
saya membahagikan murid-murid saya kepada dua kumpulan iaitu kempulan cemerlang dan kumpulan galus...
Bagi  kumpulan cemerlang saya memberikan latihan bahagian B mengikut topik, manakala kumpulan galus saya membimbing mereka untuk mencari pembolehubah- pembolehubah...Besarlah harapan saya .. pada tahun ini.. 

Monday, November 21, 2011

Mac...

UPPM... bukanlah satu perkataan yang baru bagi guru mengajar UPSR...
Begitu juga dengan saya.....namun... UPPM 1 amat menyedihkan saya...
oh... tidak...
saya seharusnya melakukan sesuatu...agar anak murid saya mencapai keputusan yang cemerlang dalam UPSR nanti....
Februari

Hari yang penuh sejarah adalah dalam bulan ini...
kami telah berpindah ke bangunan baru sekolah....
Perpustakaan....bilik guru..... bilik SAL...Bilik Peperiksaan...Makmal KH...
...wow...banyak...nya.. bilik...baru...
aduh... bilik nak siap semua...dengan wajah yang baru....

Januari
Tahun 2011 bermula dengan penuh kegembiraan.....saya melangkah ke alam pekerjaan sebagai guru tahun ke 6...saya berasa begitu gembira dan bersedia untuk menghadapi tahun 2011 dan akan berusaha menjadikannya sebagai pengalaman yang amat bermakna kepada diri saya.... itulah .. janji kepada diri saya.pihak sekolah memberikan satu lagi peluang untuk menunjukkan kebolehan saya dalam dunia pendidikan ini..pada tahun ini saya mengajar Sains tahun 6 ,tahun 5 dan tahun 1...dan bahasa Tamil tahun 4...Dengan penuh azam saya melangkah tahun 2011 ini.......... murid-murid tahun 1...

Monday, October 24, 2011

HAPPY DIWALI... HUHUHU....